Last Comment

HUBUNGI : 013-9664884 (KAK LA) SEMUA JENIS ...

2008-08-19 @ 07:30:43 am
by azuraidi


nak tanya pasal jtp nee...

2008-07-31 @ 09:22:00 am
by syikin azmi


amo rules.....

2008-06-03 @ 08:49:02 am
by fird


per kater kt uat perjumpaan kat ...

2008-05-28 @ 01:20:35 pm
by sirdecoym


perjumpaan setiap tahun dapat menambah ilmu ...

2008-05-17 @ 07:27:51 pm
by sirdecoym


Paramedik

testing 4

Calendar

August 2007
SunMonTueWedThuFriSat
 << <Oct 2008> >>
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 

Tags

No tags in this Blog

Announce

Who's Online?

Member: 0
Visitor: 1

rss Syndication

 

Posts sent on: 2007-08-08

08 Aug 2007 

Agihan susu bantuan di Kelantan dihenti serta-merta

Agihan susu bantuan di Kelantan dihenti serta-merta

Oleh ROHANA MOHD. NAWI - UTUSAN ONLINE


KOTA BHARU 7 Ogos – Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan mengarahkan semua sekolah rendah di negeri menghentikan serta-merta pengagihan susu kotak kepada semua murid berikutan kes keracunan makanan yang dialami murid Sekolah Kebangsaan (SK) Beris Panchor, semalam.

Pengarahnya, Ismail Md. Noor berkata, pengagihan semula kepada murid miskin yang menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) itu hanya akan diteruskan selepas mendapat perakuan daripada Jabatan Kesihatan negeri kelak.

Namun katanya, susu yang dikaitkan dengan kes berkenaan didapati masih belum tamat tarikh luput manakala tempat penyimpanan minuman yang diterima daripada pembekal itu didapati dalam keadaan bersih.

“Apa-apa tindakan termasuk pengagihan susu dari jenama ‘Jo Cerdik’ ini boleh diteruskan atau tidak, hanya akan ditentukan selepas kita mendapat laporan Jabatan Kesihatan dan mengemukakannya kepada Kementerian Pelajaran,” ujarnya semasa melawat Sekolah Kebangsaan Sering dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas berhubung 74 murid SK Beris Panchor Bachok yang mengadu sakit perut dan muntah selepas minum susu tersebut semasa sarapan di kantin sekolah pagi semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 57 murid tahun 1, 4, 5 dan 6 itu dikejarkan ke Klinik Kesihatan Beris Panchor untuk mendapatkan rawatan.

Sehubungan itu juga, beliau mengarahkan pihak pentadbiran sekolah sekolah rendah di negeri mengagihkan susu kepada murid mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kementerian.

“Ini termasuk mengagihkan minuman itu selepas murid menjamah makanan semasa sarapan pagi kerana ini memberi kesan kepada mereka, di samping mengikut hari-hari yang ditetapkan oleh JPN.

“Susu berkenaan sepatutnya diagihkan kepada semua murid yang mendapat bantuan RMT setiap hari atau tiga kali seminggu ketika mereka bersarapan.

“Saya berharap kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi apabila pengagihan susu berkenaan diteruskan kerana ini merupakan program yang diperuntukkan oleh kementerian,” katanya

Beliau berkata, sebelum pengagihan dibuat JPN sudah mengadakan taklimat kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) supaya mereka mematuhi peraturan 100 peratus untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Mastermind · 236 views · 0 comments
08 Aug 2007 

PENYAKIT KORONARI JANTUNG

Penyakit Koronari Jantung
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

Penyakit yang berkenaan jantung dikenali sebagai penyakit kardiovascular. Penyakit kardiovascular merupakan punca utama kesakitan dan kematian yang disahkan oleh doktor di Malaysia. Pada tahun 1988, 29.4% dari angka kematian yang disahkan oleh doktor di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit kardiovascular.

Di antara tahun 1981 hingga 1989, kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit kardiovascular di Semenanjung Malaysia bertambah dari 15.3 bagi setiap 100,000 penduduk kepada 37 bagi setiap 100,000 penduduk. Kemasukan ke hospital bagi penyakit ini telah bertambah dari 10,190 kepada 64,696 di antara 1965 dan 1989, pertambahan sebanyak 534% dalam masa 24 tahun. Tetapi mungkin pertambahan ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya kemungkinan disebabkan timbulnya kesedaran mendalam di kalangan penduduk Malaysia menyebabkan mereka lebih kerap memeriksa kesihatan mereka. Ini menyebabkan lebih banyak kes baru direkodkan berbanding masa yang lalu.

Jantung merupakan satu organ yang penting dan sebarang gangguan kepada jantung akan mengakibat penyakit yang boleh membawa maut. Antara keadaan yang mengakibatkan sakit jantung adalah kerosakan pada koronari arteri dalam jantung. Keadaan kerosakan pada koronari arteri ini dikenali sebagai penyakit koronari jantung. Penyumbang utama penyakit koronari jantung adalah arthrosklerosis. Arthrosklerosis berlaku apabila gumpalan lemak terkumpul dalam saluran darah lalu menyempitkan laluan darah beroksigen kepada jantung. Ini akan menjadikan jantung kekurangan oksigen dan apabila keadaan ini berterusan, bahagian jantung yang  tidak menerima oksigen itu akan mati dan menjadi biru kehitaman.

Gumpalan lemak ini dipercayai berasal daripada kalesterol yang tinggi dalam darah, oleh itu anda dinasihatkan mengurangkan kadar pengambilan lemak tepu yang mengandungi kalesterol yang tinggi. Arthroskelorosis berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang panjang untuk terbentuk. Bagaimanapun sekiranya tidak dikesan dan dirawat awal, arthrosklerosis boleh menjadi bertambah buruk dan boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda penyakit koronari jantung adalah sesak nafas atau tercungap-cungap bila kepenatan, degupan jantung yang luarbiasa, angina pektoris, sakit jantung, lemah jantung dan kematian mengejut.

Bagaimana Terjadinya Sakit Jantung

Angina (sakit dada bila kepenatan) terjadi akibat berlakunya arthrosklerosis di mana saluran yang membekalkan darah ke otot-otot jantung menyempit dan pengaliran darah terhalang.  Serangan sakit jantung terjadi apabila darah membeku di kawasan arthrosklerosis dan menghalang sepenuhnya pengaliran darah ke otot-otot jantung. Keadaan ini menyebabkan sel jantung mati akibat tidak mendapat oksigen.

Tanda-tanda serangan sakit jantung termasuklah kesakitan di bahagian jantung, berpeluh, loya dan kesukaran untuk  pernafasan.

Dalam kes-kes serangan sakit jantung tertentu ia tidak menunjukkan tanda-tanda biasa.

Irama degupan jantung EKG.Irama degupan jantung EKG.

Faktor-faktor yang meningkatkan kemungkinan menghadapi penyakit jantung koronari
 

  • Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
  • Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
  • Jika anda merokok.
  • Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
  • Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
  • Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
  • Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
  • Jika anda kurang bersenam.
  • Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.
Bagaimana mengurangkan risiko sakit jantung.

Anda boleh memastikan samaada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang mengidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya anda mengambil langkah-langkah pencegahan walaupun tidak mempunyai keturunan yang pernah sakit jantung.

Adalah lebih baik sekiranya anda mengelakkan atau berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun. Anda juga perlu mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis. Anda juga perlu mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing. Berbincanglah dengan keluarga terdekat sekiranya anda berhadapan dengan masaalah.

Mereka yang mempunyai kecenderungan mendapat penyakit jantung juga digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.

Senaman yang dimulakan secara beransur-ansur, akan membantu merangsang aliran darah untuk mengalir dengan lebih lancar. Pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum mula bersenam, dan mulalah bersenam secara beransur-ansur.

Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan, dengan itu mengurangkan kadar berlakunya arthrosklerosis. Bagaimanapun, serat semulajadi juga banyak terdapat dalam sayuran dan buah-buahan segar dan pengambilan sayur dan buah-buahan segar juga mampu menyerap kalesterol.

Rujukan
http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/epidemiologi.htm

Mastermind · 3331 views · 2 comments
08 Aug 2007 

WASPADA DENGAN PENYAKIT AVIAN INFLUENZA


Mastermind · 173 views · Leave a comment
08 Aug 2007 

2007 Tahun Melawat Malaysia

Mastermind · 668 views · 1 comment
08 Aug 2007 

Forum Paramedik

FORUM PARAMEDIK

Anda boleh melawat forum paramedik di http://paramedik.bbfr.net
Mastermind · 2444 views · 5 comments